Bakal pembeli rumah perlu membuat pertimbangan yang sebetulnya sebelum membuat keputusan terutamanya bagi tujuan kediaman multi-generasi.
Kediaman untuk multi-generasi bermakna ahli keluarga dari lebih satu generasi tinggal bersama di bawah satu bumbung. Contohnya datuk nenek bersama ibu bapa dan cucu cicit.
Lokasi, saiz rumah, harga, kemudahan di kawasan sekitar antara yang diberi perhatian. Untuk mencapai semua kriteria ini mungkin mustahil, tetapi ada satu projek perumahan yang akan
dibina untuk memenuhi semua ini.
Kelebihan kediaman multi-generasi.
Dari aspek hubungan kekeluargaan, kediaman multi-generasi membantu memperkukuhkan ikatan antara semua ahli keluarga.
Ahli keluarga yang lebih tua dapat berkongsi pengalaman dan nilai-nilai tradisional kepada generasi muda. Dalam pada itu, generasi muda pula boleh membantu menjaga ahli keluarga yang lanjut usia. Ini bukan sahaja meningkatkan hubungan kasih sayang tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab dan hormat.
Klang bukan sahaja bergelar Bandaraya Diraja yang malah menawarkan kepelbagaian makanan viral yang sentiasa dicari-cari kaki makan terutamanya sekitar Lembah Klang.
Kini bandaraya ini juga semakin membangun dengan pembangunan hartanah yang semakin meningkat naik.
Salah satunya yang menarik perhatian adalah dari Paramount Property dengan memperkenalkan projek apartmen servis terbaru, Uptown Residences 2, suatu perumahan berkonsep gaya hidup multi-generasi di Berkeley Uptown.
Memenuhi keperluan kehidupan multi-generasi
Perumahan ini merupakan apartment servis pegangan bebas dengan komuniti berpagar serta dikawal bagi memastikan keselamatan penghuninya.
Setiap unit bermula dengan saiz dari 1,000 kaki persegi sehingga 1,556 kaki persegi dengan 4 + 1 bilik tidur dan dilengkapi 2 hingga 4 ruang parkir kenderaan. Yang paling menarik adalah unit “villa taman” yang direka menghadapi fasiliti Taman Pusat yang terletak di tingkat bawah. Ia dilengkapi 4 ruang parkir kenderaan di depan rumah seperti memiliki kediaman atas tanah.
Kediaman ini tersedia dengan separa perabot dan dilengkapi sistem kediaman pintar. Antaranya seperti kunci pintu digital dan suis pintar. Pemilik juga boleh memasang peranti pintar lain kerana turut disediakan hub pintar untuk tujuan tersebut.
Demi menepati keperluan penghuni warga emas, pihak pemaju telah mereka kediaman ini dengan unsur-unsur mesra warga emas.
Contohnya laluan pejalan kaki di kawasan pembangunan mempunyai ciri akses mudah untuk kerusi roda dan stroller bayi. Selain itu, kabin lif penghuni juga mempunyai butang lif mendatar dengan ketinggian yang boleh dicapai oleh individu yang memerlukan.
Setiap unit apartmen juga terbina dengan pintu dan laluan yang luas untuk akses mudah oleh kerusi roda. Tombol pintu pula menggunakan stail lever. Semua bilik air telah dilengkapi dengan jubin lantai anti-licin, manakala bilik air umum dilengkapi dengan ral tuala yang juga bolehberfungsi sebagai pemegang untuk warga emas. Kerusi mandi berlipat turut disediakan di bilik air umum untuk individu dengan keperluan dan penjagaan khas.
40 fasiliti gaya hidup yang memenuhi keperluan kekeluargaan
Sebagai projek yang mengutamakan konsep kehidupan multi-generasi, pelbagai fasiliti direka khas untuk mendorong masa berkualiti dengan keluarga. Ruang komuniti seluas 10,000 kaki persegi disediakan untuk menggalakkan kehidupan sihat selain memupuk ikatan kekeluargaandan komuniti yang rapat.
Aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan termasuk permainan catur, tarian komuniti, pemeriksaan kesihatan tradisional dan sebagainya.
Uptown Residences 2 mempunyai 3 tingkat kemudahan rekreasi yang berkonsepkan komuniti. Dirancang dengan konsep biofilik terkini, kemudahan di sini bertujuan meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan komuniti dalam suasana yang berasaskan alam semula jadi.
Di tingkat bawah, penghuni boleh menggunakan laluan dedikasi untuk berbasikal dan berjalan kaki, sambil menerokai tempat-tempat berkelah yang selesa di Taman Sentral, di mana bunyi tawa kanak-kanak bercampur harmonis dengan keindahan alam.
Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, boleh menuju ke Dek Rekreasi di tingkat 8 yang dilengkapi dengan kolam renang 50m, kolam renang kanak-kanak, spa jacuzzi, gimnasium, dek yoga, laluan refleksologi, taman herba, ruang barbeku, ruang santai, gelanggang separa bola keranjang, dan juga dewan serbaguna yang juga boleh digunakan sebagai 3 gelanggang badminton dalaman.
Menjelang petang, penghuni boleh menikmati pemandangan indah dari taman atas bumbung, yang pertama di kalangan pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Klang. Di sini, terdapat jaringan pokok yang diinspirasikan daripada hammock untuk beristirahat, ruang meditasi, sky lounge dan teres barbeku yang sesuai untuk perjumpaan keluarga dan rakan-rakan.
Fasiliti berkonsepkan gaya hidup kekeluargaan di atas pasti dapat memenuhi keperluan dan kehendak penghuni yang mempunyai kegemaran yang berbeza.
Kemudahan pengangkutan awam
Antara kelebihan tinggal di projek ini adalah lokasinya yang terletak berhampiran pengangkutan awam. Kelebihan ini memberi kemudahan kepada penghuni bagi akses lebih mudah, jimat masa dan murah untuk ke sesuatu tempat.
Ini termasuk dua buah stesen LRT3 Pasar Jawa dan Meru yang terletak hanya dalam radius 1km dan dijangka beroperasi pada tahun 2025. Untuk pengangkutan awam alternatif, stesen KTM Klang pula terletak hanya 1.3km dari projek ini.
Bagi institusi pendidikan pula, kediaman ini terletak tepat di seberang Sekolah Antarabangsa Sri KDU Klang yang hanya berjarak 50 meter. Manakala SMK Tinggi Klang pula terletak 1.3km sahaja dari Uptown Residences 2.
Untuk individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi pilihan yang sesuai dengan jarak hanya 6.7km dari kawasan projek ataupun 7 stesen dari laluan LRT3 Stesen Pasar Jawa yang akan datang.
Berminat untuk memiliki kediaman di Berkeley Uptown, Klang? Kunjungilah unit pameran dengan membuat janji temu anda di SINI. Atau layarilah laman web Paramount Property di: https://paramountproperty.