KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Paramount Property (Paramount), melancarkan dua projek hartanah kediaman dan satu projek hartanah komersil dengan jumlah keseluruhan nilai pembangunan kasar (GDV) RM136.7 juta yang terletak di perbandaran Bukit Banyan di Sungai Petani, Kedah.
Dua projek hartanah kediaman itu ialah Fasa 7 – Bukit Banyan Sierra 3 Elegant, rumah berkembar berkeluasan 40×85 dan luas lantai 3,255 kaki persegi (kps) dan Fasa 9 – Bukit Banyan Amaryn 3, rumah teres dua tingkat berkeluasan 22×75 dengan luas lantai 2,487 kps.
Lebih menarik, Paramount Property menawarkan promosi hebat yang mana pembeli akan mendapat sebuah Proton X50 secara percuma dengan setiap pembelian rumah berkembar dua tingkat Sierra 3 Elegant.
Bukit Banyan Sierra 3 Elegant yang dijangka siap pada April 2023 dijual bermula dari RM 684,900 seunit manakala Bukit Banyan Amaryn 3 bermula dari RM 405,400 seunit dan dijadualkan siap pada November 2023.
Bagi projek komersil, Bukit Banyan Business Centre, ia dijangka siap pada Mac 2025 dan menawarkan dua jenis saiz iaitu 20×80 dan 20×70 dengan harga bermula dari RM588,900 seunit.
Penolong Pengurus Besar bahagian Jualan & Pemasaran Paramount Property, Teoh Boon Hooi, berkata pembeli berpeluang untuk menikmati penjimatan hebat sehingga RM95,000.
Katanya, selain itu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pembeli juga turut berpeluang untuk mendapat pakej duit raya sehingga RM2,188 bagi setiap pembelian bersempena Hari Raya Aidilfitri.
“Jadi, inilah peluang keemasan bagi pembeli untuk mendapatkan rumah idaman yang dinantikan,” katanya kepada BH dalam temu bual secara maya baru-baru ini.
Mengulas lanjut Boon Hooi berkata, bagi Bukit Banyan Sierra 3 Elegant, ia disasarkan kepada pembeli yang berpendapatan tinggi yang mahukan gaya hidup elegan serta eksklusif manakala Bukit Banyan Amaryn 3 pula adalah sesuai untuk pembeli yang berpendapatan sederhana dan meinginkan keselesaan bersama keluarga di kediaman yang berkonsepkan moden.
Katanya, Bukit Banyan Business Centre pula khusus untuk golongan pembeli berpendapatan tinggi yang menginginkan sebuah pejabat kedai yang berkonsepkan moden dan eksklusif.
“Keunikan projek ini ialah, rumah berkembar kami menawarkan kediaman yang sangat luas, eksklusif dan elegan dengan kawasan landskap yang sangat indah dan teres dua tingkat pula mempunyai ruang yang sangat luas dan menjamin keselesaan seluruh keluarga di samping konsepnya yang moden serta susun atur yang sangat menarik.
“Projek komersil pula menawarkan unit pejabat kedai yang terletak di kawasan strategik dengan konsep serta susun atur yang moden. Ia terletak di lokasi strategik dengan kewujudan lebih 4,000 unit perumahan di sekitarnya menjadikannya sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk masa depan,” katanya.
Perbandaran itu turut menempatkan Bukit Banyan Hill Park dilengkapi dengan taman rekreasi yang bercirikan sembilan tema iaitu Orchard Park, Herbal Park, Fun Park, Maze Play, Value Garden, Childhood Play, Nature Play, Adventure Play dan Qi Garden sekali gus menjadikannya sebagai perbandaran ideal untuk didiami.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai projek hartanah ini, pembeli boleh menghubungi galeri jualan Bukit Banyan di talian 04-4413388.