Paramount Optimist Sektor Hartanah

Pemaju hartanah, Paramount Corporatioon Berhad optimis dengan prospek hartanah pada tahun ini dengan mengunjurkan pelancaran projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.4 bilion berbanding kira-kira RM1.1 bilion pada tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jeffrey Chew Sun Teong berkata, sebanyak 12 projek dijangka dilancarkan sekitar di Lembah Klang dan utara tanah air iaitu di Sungai Petani, Kedah dan Batu Kawan, Pulau Pinang.

Katanya, dua kawasan tersebut iaitu zon tengah dan utara sudah mempunyai tumpuan projek syarikat yang agak seimbang iaitu masing-masing 60 peratus dan 40 peratus.

“Secara amnya, kami berada di utara iaitu di tanah besar (Seberang Perai), Pulau Pinang dan Sungai Petani di Kedah. Bagi Lembah Klang pula, kami sentiasa berada di Selangor tetapi baru-baru ini kami mula memasuki bandar Kuala Lumpur.

“Kami sudah melancarkan projek di Kuala Lumpur sebelum ini yang sudah terjual loo peratus. Kemudian kami lancarkan projek kedua iaitu The Ashwood.

“Oleh itu, tahun ini kami melancarkan 12 projek, agak banyak tetapi ini kerana terdapat beberapa projek dari tahun lepas yang dibawa ke tahun ini setelah mendapat kelulusan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Jeffrey berkata, Kumpulan yang melancarkan kira-kira RM1.1bilion projek setahun bagi dua tahun sebelum ini menjangka jualan sekitar RM1.4 bilion daripada keseluruhan pada tahun ini.

Menurutnya, sasaran tersebut adalah kira-kira 25 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

“Peningkatan 25 peratus sasaran jualan agak tinggi tetapi harus diingatkan bahawa tahun lepas pasaran mula agak stabil. Oleh itu, tahun ini akan melancarkan lebih banyak projek.

Jadi, kami seterusnya dapat menjual lebih banyak lagi,” ujarnya.

Beliau berkata, Kumpulan positif dengan prospek pada tahun ini, ditambah pula dengan kestabilan kerajaan perpaduan yang berusia lebih satu tahun.

Jelasnya, perkara ini meraudahkan pemain industri untuk membuat perancangan dan strategi untuk pemasaran.

“Melihat kepada kebanyakan pentadbiran terdahulu yang lain, anda mungkin mengambil masa kira-kira 12 hingga 18 bulan untuk benarbenar melihat arah tuju dalam’ pentadbiran itu.

“Saya berpendapat dengan melibat pada separuh kedua 2024 terutamanya, banyak perkara yang terlaksana termasuk permulaan projek, aktiviti ekonomi akan mula berkembang dan sebagainya.

“Salah satu tanda awal yang kita lihat positif dalam ekonomi Malaysia adalah tahun lepas dari perspektif pelancongan. Saya, benar-benar agak terkejut dan cukup bangga apabila melihat Malaysia memang boleh menyerlah dari segi pelancongan, malah bersaing dengan Thailand,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jeffrey memberitahu, kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) yang dijangka akan menurun pada tahun ini adalah akan memberi manfaat kepada pelabur dalam industri hartanah, pembeli rumah, serta ahli perniagaan.

Katanya, ini kerana kadar faedah yang rendah diperlukan untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan mereka, selain membolehkan membuat lebih banyak pinjaman untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Atas dasar itu, saya berpendapatan kita mempunyai alasan untuk optimis pada 2024,” jelasnya.

Tambahnya, Paramount yang juga mempunyai projek di Bangkok, Thailand dijangka akan melancarkan projek keduanya di bandar itu diumumkan separuh pertama tahun ini dan dilancarkan pada separuh kedua.

“Projek tersebut juga adalah projek kediaman kondominium. Jadi, projek kediaman sentiasa menjadi fokus kami.

Bagaimanapun, kami belum dapat mengumumkan GDV bagi projek terbabit,” jelasnya.

As published: Utusan Malaysia

Source